Sunday, February 14, 2010

Pengenalan

7:25 AM Posted by: Pusat Jagaan NURI 6 comments






Nama Pertubuhan
:
PERSATUAN KEBAJIKAN RUMAH PERLINDUNGAN TERATAK NUR INSAN KL & SELANGOR
No Pendaftaran
:
WKL 1746-07
Nama Pusat
:
Pusat Jagaan NURI
No Pendaftaran
:
W 012/2009
Tarikh Penubuhan
:
8 September 2007
Alamat
:
NO.28, Jalan Air Kuning 5, Off Jalan Air Panas, Setapak, 53200 Kuala Lumpur
Pengasas
:
Puan Norpisah bt Hj Tahir

Pentadbir
:
Puan Nopisrah Hj Tahir (Presiden)
Puan Fatimah (Timb. Presiden)

No Telefon
:
03-40253901
019-2191001 - Puan Nopisrah Hj Tahir (Presiden)
012-2704167 - Puan Fatimah (Timb. Presiden)
No Faksimili
:
03-40216602 - U/P: Puan Norpisah bt Hj Tahir
Jumlah Penghuni
:
30 Orang
Bank
:
PUBLIC BANK BERHAD CA WANGAN MEDAN IDAMAN GOMBAK, K.LUMPUR
No Akaun
:
3986237702   
Penama Akaun
:
PERSATUAN KEBAJIKAN RUMAH PERLINDUNGAN TERATAK NUR INSAN KL & SELANGOR


Fenomena ibu tunggal yang ditinggal tanpa nafkah dan tiada mata pencarian, anak yatim, warga emas terbiar, gadis terlanjur dan pembuangan bayi telah menjadi sate tumpuan seluruh. Kumpulan ini menyumbang sebahagian besar kepada masaalah juvana dan masaalah sosial.Perkembangan dunia sains dan kehebatan teknologi menunjukkan proses pertumbuhan golongan ini wajar diberi perhatian khususnya untuk meningkatkan taraf dan mum kehidupan mereka, daripada fenomena ini maka banyaklah tertubuhnya badanbadan kebajikan diseluruh dunia tidak ketinggalan juga di Malaysia. 

Kanak-kanak terbiar akibat penceraian ibu bapa, keganasan, penderaan, kecederaan fizikal dan mental, eksploitasi dadah, lari dari rumah, remaja tidak bersekolah yang sering kita perhatikan penyebab utama masalah ini. Ketiadaan tempat kediaman atau tempat tinggal yang tidak selesa dan terlalu sempit juga menjadi penyebab berlakunya permasalahan ini. Cuba kita bayangkan jika hal ini terjadi kepada kehidupan kanak-kanak ini yang masih kecil. Bagaimana masa depan mereka, dan juga risiko terhadap Negara, Bangsa dan Agama dan dari faktor-faktor inilah PERSATUAN KEBAJIKAN RUMAH PERLINDUNGAN TERATAK NUR INSAN KL & SELANGOR (NURI) ditubuhkan.

NURI juga tidak terkecuali daripada tanggunggjawab menangani masalah ini. Bagaimanapun pendidikan dan bimbingan perlu diterapkan seawal usia bagi menghadapi isu ini penting agar kebajikan mereka yang kurang berkemampuan mendapat perhatian yang sewajarnya demi menjauhi mereka terjerumus melakukan aktiviti tidak sihat diawal usia. Maka atas dasar tanggungj awab terhadap anak-anak yang tidak terarah akidah dan terabai kasih sayang serta kurang pembiayaan untuk mendapat pendidikan akademik dan agama secara formal maka Ahli Jawatankuasa bersetuju untuk membuka sebuah pusat perlindungan untuk anak-anak yang dinamakan PUSAT JAGAAN NURI ( No. W 012/2009)

NURI telah didaftarkan dengan R.O.S dan mendapat kelulusan pada 8 September 2007 (WKL 1746-07). Walau bagaimana pun, aktiviti bermula November 2007 iaitu hanya lapan orang anak yatim dan anak fakir miskin yang tidak berkemampuan dibiayai oleh NMC MANAGEMENT CONSULTANT SDN BHD buat sementara waktu kerana belum mempunyai dana sendiri untuk menguruskan anak-anak tersebut. Pada Mei 2008 jumlah penghuni bertambah kepada 15 orang dan pada tahun 2009 setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat jumlah penghuninya menjadi 30 orang iaitu 14 penghuni lelaki dan 16 penghuni perempuan.

NMC MANAGEMENT CONSULTANT SDN BHD adalah Syarikat kepunyaan Pengasas dan Presiden NURI iaitu. Puan Norpisah bt Hj Tahir ini menjalankan perniagaan perkhidmatan perakaunan, setiausaha syarikat, cukai, perunding latihan usahawan dan lain-lain perkhidmatan perniagaan. Setiap syarikat yang mendapatkan perkhidmatan tersebut diatas melalui NMC, 5 peratus bayaran kepada NMC akan disalurkan kerumah kebajikan tersebut. Konsep tersebut adalah perkara utama yang diterapkan dan dijalankan dalam NURI bagi membolehkan NURI menjalankan aktiviti sehingga sekarang, namun begitu syarikat ini merupakan sebuah syarikat kecil maka pihak kami masih memerlukan bantuan kewangan dan barang-barang kegunaan harian serta peralatan bagi menjalankan aktiviti untuk anak-anak tersebut dengan lebih baik dan sempurna.

Sijil Pendaftaran dan Perakuan

 


2009 Pusat Jagaan Nuri. All rights reserved.
Powered by Beta Templates and Blogger.
Template and Icons by DryIcons.com